Selawat Ke Atas Rasulullah 10,000x Berdurasi 9 Jam

 


Selawat Ke Atas Rasulullah 10,000x Berdurasi 9 Jam

.

Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arab: الصلاة‎ ), beerti doa, pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W.


Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:


Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W


Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.


Seperti yang disebut dalam Al-Quran, Allah meletakkan keutamaan dan kepentingan selawat pada kedudukan yang tinggi. Disebabkan umat manusia, terutamanya golongan yang termasuk dalam umat akhir zaman melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari terutamanya yang hidup jauh daripada zaman Nabi S.A.W dari segi jarak dan juga zaman. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam sehingga iman umat ini diibaratkan senipis kulit bawang dan turut diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Atas kehendak Allah jualah yang menerima dan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya, Allah menyeru hamba-Nya untuk berselawat kepada Nabi S.A.W dahulu sebelum berdoa agar peluang untuk dikabulkan adalah lebih.


Hal ini disebutkan oleh ramai para ulama tentang amalan dalam ibadah dan doa bahawa berselawat kepada Nabi ibarat pengesahan dan sokongan daripada baginda S.A.W. Hal ini turut dinamakan sebagai tawassul (mencari laluan) atau tabarruk (menumpang berkat). Analogi yang digunakan adalah apabila seseorang membuat suatu permohonan kepada orang atasan dan permohonan tersebut turut diaju oleh ramai orang lagi. Maka, untuk membuatkan permohonannya itu lebih istimewa, orang tersebut akan mencari laluan yang mudah dengan menyertakan sekali pengesahan atau sokongan orang yang terkenal atau orang yang rapat dengan pihak atasan tadi agar memudahkan permohonan kita diterima. Perihal ini turut sama dalam berdoa, apabila kta menggunakan selawat sebagai pengesahan lebih-lebih lagi oleh Nabi Muhammad, nabi kepada umat akhir zaman dan juga kekasih Allah

..




Post a Comment

Previous Post Next Post