Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Selawat Sulthon

Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat maing-masing.

Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya "Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu".

Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai. 

Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya "Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat"..

Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali.

Setelah itu kamu keluar menemui rakyat  mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.

Maka  (Sulthon Mahmud) dia  pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. 

Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya "Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu".

Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.

Sumber ini Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.












24 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Selawat Yang Senilai Dengan 100,000"

Apa nama kitab ni yea...dimana boleh dibeli?

AZIDAH boleh rujuk dalam software Android dalam Play Store. Search "Himpunan Amalan Pesanan Habib". Software ini dicipta oleh Richwell dan disusun oleh Dr Azizan Osman.

Linknya di sini - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.laiyon.haph

Saya dapatkan selawat ini selepas download aplikasi tersebut.

Untuk details, boleh whatsapp saya 0134138542.

Saya tengook di app tu tulisan agak kabur. Macam mmana tuan boleh dapatkan yang clear macam ni

Masha Allah bagus ni. Boleh sy tahu rujukannya? Dan hadith yg penuh utk rujukan.

Alhamdulillah, terima kasih tuan atas perkongsian

boleh rujuk dalam software Android dalam Play Store. Search "Himpunan Amalan Pesanan Habib". Software ini dicipta oleh Richwell dan disusun oleh Dr Azizan Osman.

Linknya di sini - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.laiyon.haph

Saya dapatkan selawat ini selepas download aplikasi tersebut.

Sollu 'Alan Nabiyy
Sollu 'Alan Nabiyy
Sollu 'Alan Nabiyy
Sollu 'Alan Nabiyy

mohon izin untuk print dan share kepada rakan

Mohon izin untuk di print dan di amalkan ya....

Mohon izinkan saya untuk print dan mengamalkan nya

mohon izin copy paste utk diamalkan.

Tn anuar din maksudnya x sahih ke? Tiada rujukan hadis yg sahih ye?

Saya dapatkan selawat ini selepas download aplikasi tersebut.

Untuk details, boleh whatsapp saya 013-413-8542 atau 0111-898-2769

saya dah susun dengan cantik2 dalam format PDF.
.

Mohon izin utk share ye tuan

Mohon izin copy, paste dan share. Tq.

Alhamdulillah atas share ilmu.. Mohon izin nk print out Dan sebarkan salinan kpd Group Sahabat Muslimat Yasin.. Terima kasih byk2.. Semoga Allah merahmati segala kebaikan.. Aamiin

Mohon izin copy & paste tulisan TUAN yang barkah ini semperna 11 Ramadan 1442 HIJRAH. ALHAMDULILLAH SYUKURRRRRRRRR

mohon izin utk print out & share admin.Tqvm

 
Copyright © 2014 Arkib Dakwah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info