Penyakit Was-Was



Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.

Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.

Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Mungkin Juga Anda Berminat Untuk Membaca

  • Sempurnanya Agama Islam Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah SAW ya…
  • Kisah Ainul Mardhiyyah Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang so…
  • Sifat Jimak Ahli Syurga Allah SWT berfirman: 14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang di ing…
  • Makan Dengan Tangan Kiri Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu…
  • Kehidupan Wanita Solehah Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga se…


2 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Penyakit Was-Was"

was was dari syaitan. amalkan zikir 2 qul. (al falaq dan annass)

baca ratib haddad pun boleh

 
Copyright © 2014 Arkib Dakwah - All Rights Reserved
Template By Catatan Info