Jangan Kedekut Bakhil


Bakhil ialah kedekut atau kikir atau lokek.

"Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)

"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.’” (HR Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

"Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR Tirmidzi)

Mungkin Juga Anda Berminat Untuk Membaca

  • Bahayanya Sifat Riak Riak bermakna melakukan sesuatu amalan kerana ingin dilihat dan dipuji oleh orang/ makhluk. Amalan itu dilakuka…
  • Rahsia Untuk Menjadi Mulia Rasulullah SAW pernah bertanya:"Mahukah kalian mendengar saya terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan dan me…
  • Tafsir Quran : Ayat 11 (Al-Maidah) Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu, di waktu suatu kaum …
  • Sunnah Rasulullah SAW Dalam Bermusafir Tujuan perjalanan setiap musafir mestilah baik dan betul. Tunaikan solat sunat musafir 2 rakaat sebelum keluar r…
  • Sifat Sifat Ahli Syurga Firman Allah SWT “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke…


1 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Jangan Kedekut Bakhil"

skrg bulan ramadhan 2018, jom jd org yg pemurah

 
Copyright © 2014 Arkib Dakwah - All Rights Reserved
Template By Catatan Info