Ayat Amalan - Ayat Satu


Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)

Ayat Satu

Ayat yang ke-15 dari Surah As-Syuraa ini mengandungi rahsia yang besar sekali untuk menghadapi musuh kita, sedangkan kita dalam membela kebenaran. Untuk menolak rencana jahatnya, baik yang telah direncanakan atau tidak sehingga batallah semua rencana jahatnya, dan hilang pula kemarahannya kepada kita. Sekaligus, mereka itu berlaku hormat kepada kita, sehingga mahu mendengar pendapat yang kita berikan kepada mereka dan mahu mengabulkan apa yang menjadi hajat kita.

Fadhilat amalan membaca Ayat Satu ini

Jika diamalkan membacanya setiap lepas solat fardhu dan mohon perlindungan Allah, Insya-Allah dapat perlindungan dari kejahatan musuh; demikian juga jika diamalkan membacanya bagi mereka yang sedang menghadapi pengadilan bagi menegakkan kebenaran.

Baca ayat ini sekali atau sebanyak mungkin ketika berhadapan dengan musuh, orang zalim atau ditakuti; ataupun binatang buas. Insya-Allah akan terlepas dari penganiayaan atau kejahatan mereka.

Di petik dari buku Amalan dan Ibadat Seharian oleh Hj Johari Hj Alias terbitan Darul Nu’man.

Mungkin Juga Anda Berminat Untuk Membaca

  • Selawat Yang Senilai Dengan 100,000 Selawat Sulthon Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah S…
  • Mengenal Wali Allah Dikatakan dinamakan wali itu berdasarkan kepada perlakuan hasil dari kelaziman berlaku taat. Oleh yang demikian, wa…
  • Tarekat Ahmadiah Idrisiah Rashidiah Dandarawiah Pengasas Utama Tarekat Ahmadiah 1. Sayyidi Ahmad bin Idris Pengasas utama dan pertama tarekat ini dilahirk…
  • Faatihatul Aurad Terjemahan (Fatihah Al-Aurad) "Ya Tuhanku sesungguhnya Aku persembahkan kepadaMu dihadapan tiap tiap nafas ma…
  • Istighfar Kabir Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Allah yang hidup pengawal dan pentadbir, mah…


3 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Ayat Amalan - Ayat Satu"

nak beramal. insya allah

Alhamdulillah jumpe gak ayat die..1 minggu cari x jumpe ii

Alhamdulillah pernah belajar, tapi agak bingung, sekarang dah yakin

 
Copyright © 2014 Arkib Dakwah - All Rights Reserved
Template By Catatan Info