Sesungguhnya (manusia itu) atau hambanya tidak mengetahui siapakah Ahli neraka atau Ahli syurga, kerana itu adalah milik ke-Esaan Allah SWT, yg maha mengetahui yang menciptakan makhluknya di mukabumi ini. Segalanya atas kekuasaan Allah SWT, dan Allah yang punya. Tetapi apa yang dibincangkan di sini adalah ciri-ciri atau tanda-tandanya sahaja, sebagaimana terkandung di dalam ayat AlQuran atau sumber dari Hadis. Bukan juga bermaksud mencari siapa dia di antara kita yang ada ciri ciri Ahli Neraka tetapi hanya sebagai muhasabah untuk memperbaiki diri.
Pesanan Rasulullah SAW
Perbezaan sifat-sifat utama manusia yang berjaya mendapat syurga dan yang celaka mendapat neraka.
Diriwayatkan dari sumber hadith, daripada Sufyan bin Wahab al-Khuza’i berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda : "Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli syurga? Tiap-tiap seorang mereka dhaif (lemah dengan dunianya), dan dilemahkan (oleh amalan dan ibadahnya kerana mencari kesejahteraan akhirat).
Seandainya bersumpah mereka kerana Allah SWT nescaya memperbaikinya
(yakni, memperbaiki sumpahnya). Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli neraka? Tiap-tiap seorang daripada mereka (bersifat) sombong, kasar dan takbur.’ Hadith at-Termidzi.
Apakah ciri-ciri atau sifat yang membezakan golongan ahli syurga dengan golongan ahli neraka itu? Rasulullah SAW, menjelaskan, bahwa sifat-sifat ahli penghuni syurga itu ada tiga.
Golongan pertama : Orang yang lemah yakni, lemah dan dhaif dia di dunia kerana kehidupan serta kedudukannya yang ala qadar sahaja. Dia tidak dikongkongi oleh dunia dan segala keseronokan dunia yg tidak boleh dijadikannya matlamat hidupnya. Rasulullah SAW, bersabda: "Dunia itu adalah penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang kafir".
Maksud : "Penjara" kerana dia tidak bebas melakukan sekehendak hatinya, ada ugutan dan ada peringatan dalam al-Quran dan as-Sunnah
Golongan kedua : Orang yang dilemahkan yakni, sentiasalah dia tidak menonjolkan dirinya dan menguasai orang lain kerana kedudukannya. Lemah dia kerana kewajipan beramal dan beribadah sekuat mampunya mengerjakan amalan dan ibadah sunat, ketika malam kurang tidurnya, ketika siang dia berusaha mencari rezki yg tidak dicemari apa jua yg haram atau hampir kpd haram, dsbnya.
Golongan ketiga : Orang yang memperbaiki sumpah atau janji mereka terhadap Allah SWT, memperbaiki amalan dan ibadahnya, menepati janjinya, ada ilmu disampaikannya, menasihati orang lain, menolong orang lain dan sebagainya
Lemah : kerana sentiasalah merendah diri, tidak menunjuk, dan tidak menyakitkan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, dan banyak beramal dan beribadah sehinggakan kelihatan lemah.
Dilemahkan : Sentiasalah dia terjaga daripada membuat sesuatu yang mendatang kecelakaan kepada dirinya. Apabila berniat atau teringin dia cepat memperbaiki diri supaya hampir kepada Allah SWT, jauh daripada kemurkaanNya, sentiasa dia memperbaiki amal dan ibadahnya.
Rasulullah SAW memberitahu pula tiga ciri atau sifat utama penghuni Ahli Neraka itu.
Golongan pertama : Orang yang sombong terhadap Allah, engkar akan Allah , engkarkan RasulNya dan menunjuk-nunjuk dan bangga diri terhadap orang lain, merendah-rendahkan orang lain
Golongan kedua : Orang yang kasar tingkahlaku yakni, selalu menimbulkan mudarat, menyusahkan atau membahayakan orang lain, menganiaya orang lain, kasar perangai semasa bergaul dan berinteraksi dengan orang lain, berdusta, suka memfitnah, mengata, mencaci, sengaja mencari kesilapan orang, mendedahkan keaiban orang dan kasar kata-kata ( kasar bahasa dan percakapannya banyak menyakitkan hati orang lain ).
Golongan ketiga : Orang yang takbur ( menyombong, menunjuk-nunjuk, membesar diri dan membangga diri, suka sgt meremehkan, menjatuhkan air muka orang lain ).
Bersifat "Sombong" kepada Allah, tidak mahu mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, tidak mahu berdoa, engkar, juga apakala diberitahu sesuatu ketetapan yg haq,
dia berdalih atau menolaknya atau mempersoalkannya.
"Sombong" kepada Rasulullah s.a.w, tidak mahu menerima suruhan dan larangan, suka berdalih, mencari jalan menidakkan as-Sunnah atau al-Hadith. "Takbur": mementingkan diri sendiri, tidak ingin menolong orang lain, hidung tinggi, mengira darjat, kedudukan, taraf, suka sgt memperkecil-kecilkan, merendah-rendahkan orang lain, tidak mau dengar nasihat dari orang yg dia rasa tidak setaraf dgnnya.
Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu. Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.
1. Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
2. Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.
3. Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu, syaitan yang sentiasa menyertainya
di dunia dahulu. Berkata : Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
4. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan , padahal kamu sedia mengetahui bahawa Aku dahulu tlh memberi amaran kepada kamu, akan menyeksa orang-orang yang bersalah.
5. KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu.
6. Peringatkanlah manusia; Akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?
Terdapat lagi tanda dan ciri-ciri Ahli Syurga :
Orang yang senantiasa membaca Al-Qur'an.
Wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini, karena sejak didunia lagi mereka sudah dikurniakan oleh Allah dengan ketenangan batin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.
Menjaga lidah.
Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, kesan dari kejahatan lidah ini akan mengakibatkan banyak perkara berlaku spt pertelingkahan antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa. Kesan buruknya, orang akan menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang telah dibuat seperti api memakan kayu bakar, akan melenyapkan pahala amalan kebaikan, jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah, begitu banyak kenikmatan akan kita perolehi, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo'a.
Memberi makan orang yang kelaparan.
Sesungguh, Allah amat berterima kasih dan berjanji akan membalas sekecil apapun kebaikan hambanya kpd hamba yg lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan, maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga, Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, nescaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti,
Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, nescaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala seorang hamba iitu menolong saudaranya.
Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan. Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan dahsyatnya siksa neraka tetapi bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat sunat , qiro'at, tahajjud dan munajat serta ibadah apapun dengan hanya mengharap ridho-Nya. Maka bila empat perkara ini kita amalkan, wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita.
Sebenarnya banyak tanda-tanda atau ciri-ciri ahli syurga dan dan ahli neraka ketika didunia ini, namun yg sempat disampaikan hanya sekadar termampu oleh penulis, segala yg baik dan sempurna itu milik Allah dan yang lemah lagi kurang itu adalah hambanya.
1 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Ahli Syurga Dan Ahli Neraka"
semua kekuasaan allah untuk memilih hambanya memasuki syurga atau melempar ke neraka