Zikir Qalbi
Zikir qalbi atau zikir hati itu ialah segala ibadah rohaniah yang melibatkan akal dan hati. Ini termasuklah mendidik hati supaya mengenal Tuhan sehingga menjadi orang yang arifbillah (orang yang mengenal Allah dengan hatinya). Kemudian menjadi orang yang cinta kepada Allah. Orang yang kenal Allah itu pasti akan jatuh cinta pada-Nya kerana Allah itu Maha Baik dan Maha Sempurna sifat-Nya.
Selepas itu menjadi orang yang takut kepada Allah iaitu takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya. Kemudian pula menjadi orang yang kuat rasa bertuhan. Rasa hebat, gerun, tawakal, bergantung harap kepada Allah. Merasakan Allah sentiasa melihat, mengetahui serta mengawasi.

Ibadah rohaniah juga termasuk mujahadah melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi), muhasabah diri, memperbaiki diri melalui takhalli (membuang sifat-sifat mazmumah dari hati) dan tahalli (menghiasi hati dengan segala sifat-sifat mahmudah). Juga melihat kebesaran dan kekuasaan Allah dalam semua ciptaan dan perbuatannya.
Yang dikatakan yazkuru atau berzikir di dalam Al Quran untuk mencapai taqwa itu bukanlah setakat zikir biasa atau zikir luaran (qauli dan fe’li) tetapi adalah zikir qalbi yang merangkumi segala ibadah rohaniah atau ibadah hati seperti yang disebutkan di atas.
Zikir qauli dan zikir fe’li tidak banyak memberi kesan pada hati. Kalaupun ia berkesan, hanya setakat 10%.
Tetapi zikir qalbi, kesannya terus menerus kepada hati kerana hati itu sendiri yang berzikir. Keberkesanannya hingga 90%. Yang penting dalam berzikir bukan sebanyak mana zikir yang boleh kita sebut atau sebanyak mana amalan atau ibadah lahir yang boleh kita lakukan tetapi adalah setakat mana hati, jiwa dan roh kita boleh terkesan dan terdidik. Itulah yang boleh membawa kita kepada taqwa.

Di zaman ini, ibadah hati atau ibadah rohaniah tidak banyak disebut. Lebih-lebih lagi tidak banyak diamalkan. Manusia sibuk dengan ibadah lahir semata-mata. Namun, akhirnya nanti, hatilah yang menjadi ukuran. Hatilah yang akan diperlihatkan.
Firman Allah SWT: Maksudnya: “Di hari harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera.” (Asy Syu'ara: 88- 89)
Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang membersihkan hatinya (roh, jiwa, nafsunya) dan kecewalah sesiapa yang mengotori hatinya.” (Asy Syam: 9-10)
Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Bahawasanya Allah tidak memandang akan lahir (rupa dan harta) kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu.”
Inilah sebenarnya maksud berzikir untuk mencapai taqwa iaitu mengamalkan ibadah-ibadah hati atau ibadah-ibadah rohani seperti mujahadatunnafsi atau mujahadah melawan hawa nafsu, memperbaiki diri, mengenal Tuhan dan segala amalan-amalan hati yang lain. Ia bukan setakat kumat-kamit di bibir dan menggentel biji tasbih. Ia juga bukan setakat wirid yang diulangulang sampai beratus-ratus atau beribu-ribu kali yang tidak memberi apa-apa kesan pada hati. Ia juga bukan setakat amalan atau ibadah lahir yang tidak berjiwa dan tidak ada rohnya.
Yang dikatakan yazkuru atau berzikir di dalam Al Quran untuk mencapai taqwa itu bukanlah setakat zikir biasa atau zikir luaran (qauli dan fe’li) tetapi adalah zikir qalbi yang merangkumi segala ibadah rohaniah atau ibadah hati
1 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Zikir Ismuz Zat Allah Allah Allah Di Dalam Hati"
Kehendak allah jua...ku temui tulisan ini..
semuga Allah memberkati mu dengan rahmatNya