Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak menggerakkan tangannya kepadamu (untuk berbuat jahat), maka Allah menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertakwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakkal.
O you who have believed, remember the favor of Allah upon you when a people determined to extend their hands [in aggression] against you, but He withheld their hands from you; and fear Allah . And upon Allah let the believers rely.
Asbaabun Nuzul (Sebab Turun Ayat)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Thalhah dan Abdur Rahman bin Auf menuju ke rumah Ka'ab bin Asyraf dan Yahudi Bani Nadhir untuk meminjam wang bagi membayar diyat (denda) yang harus dibayarnya. Orang Yahudi berkata: "Silakan duduk, kami akan sajikan makanan dan memberi apa yang tuan perlukan." Kemudian Rasulullah duduk.
Tanpa pengetahuan Nabi, Haj bin Akhtab berkata kepada kawannya: "Kalian semua tidak akan dapat melihat dia lebih dekat daripada sekarang. Timpakan batu di atas kepalanya dan bunuhlah dia, nescaya kalian semua tidak akan menghadapi kesulitan lagi." Mereka mengangkat batu penggiling gandum yang sangat besar untuk ditimpakan kepada Rasul. Akan tetapi Allah menahan tangan mereka sehingga datang Jibril memberitahu kepada Rasulullah agar bangkit daripada tempat duduknya.
Tanpa pengetahuan Nabi, Haj bin Akhtab berkata kepada kawannya: "Kalian semua tidak akan dapat melihat dia lebih dekat daripada sekarang. Timpakan batu di atas kepalanya dan bunuhlah dia, nescaya kalian semua tidak akan menghadapi kesulitan lagi." Mereka mengangkat batu penggiling gandum yang sangat besar untuk ditimpakan kepada Rasul. Akan tetapi Allah menahan tangan mereka sehingga datang Jibril memberitahu kepada Rasulullah agar bangkit daripada tempat duduknya.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Maaidah: 5:11) sebagai perintah untuk mensyukuri nikmat Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah dan Yazid bin Abi Ziad {Matan hadis ini adalah dari Yazid}) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Abdullah bin Abi Bakar, Ashim bin Umar bin Qatadah, Mujahid, Abdullah bin Katsir dan Abi Malik)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini turun kepada Nabi ketika baginda berada di kebun kurma yang mana baginda telah diintai oleh Banu Tha'labah dan Banu Muharib pada peperangan ketujuh. Mereka berniat untuk membunuh Nabi yang sedang tidur. Oleh itu mereka telah mengutus seorang Arab untuk melaksanakannya. Dia mengambil pedang baginda kemudian menghunusnya dan menggertak Nabi sambil berkata: "Siapakah yang boleh menghalangi engkau dari pedang ini?" Nabi bersabda: "Allah." Maka jatuhlah pedang dari tangannya dan Rasulullah tidak membalasnya.
Penurunan ayat ini (Surah al Maaidah: 5: 11) adalah sebagai perintah untuk selalu bertawakal kepada Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa seorang lelaki yang bernama Ghaurats bin al Harts dari suku Muharib berkata kepada kaumnya: "Aku akan membunuh Muhammad sebagai kemenangan untuk kalian semua." Kemudian dia datang kepada Rasulullah pada ketika baginda sedang duduk-duduk sambil meletak pedangnya di atas ribaannya.
Kemudian orang itu berkata: "Boleh aku lihat pedangmu itu?" Nabi menjawab: "Boleh." Lalu pedang itu diambilnya, dihunus dan dihayunkan di hadapan Nabi sambil berkata: "Apakah engkau tidak takut kepadaku?" Nabi menjawab lagi: "Tidak." Kemudian dia berkata lagi: "Apakah engkau tidak takut, padahal pedang di tanganku?" Jawab Nabi: "Tidak, kerana Allah akan menghalangi dan menyelamatkanku daripadamu." Kemudian pedang tersebut dimasukkan semula ke dalam sarungnya dan diserahkan kembali kepada Rasullulah.
Maka turunlah ayat ini (Surah al Maaidah: 5: 11) sebagai ajaran untuk selalu memperingati nikmat yang Allah telah berikan. (Diriwayatkan oleh Abu Nairn di dalam kitab dalam Nubuwwah dari al Hasan dari Jabir bin Abdillah)
Tengok Video
1 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Tafsir Quran : Ayat 11 (Al-Maidah)"
selalu bertawakal kepada Allah.