- Tujuan perjalanan setiap musafir mestilah baik dan betul.
- Tunaikan solat sunat musafir 2 rakaat sebelum keluar rumah.
- Rasulullah SAW gemar bermusafir pada hari Khamis, dan tidak suka bermusafir hari Jumaat.
- Rasulullah SAW suka bermusafir pada malam hari.
- Sentiasa bawa beg kecil untuk set kekemasan diri ( siwak, sikat, cermin, celak, minyak wangi).
- Sentiasa berdoa mohon penjagaan Allah SWT kerana doa musafir itu berkat.
- Sentiasa baca doa ketika naik kenderaan :
- Pilih sahabat yang baik sebagai teman musafir.
- Pilih ketua jika bermusafir dalam kumpulan untuk menyusun program dan jadual perjalanan.
- Takbir apabila menaiki tempat yang tinggi, Tasbih apabila menuruni tempat yang rendah.
- Sunnah mendengar nyanyian yang menenangkan jiwa sewaktu bermusafir, Rasulullah SAW suka menyanyi lagu Al-Huda.
- Berdoa kepada Allah tiap kali memasuki bandar/ kampung ketika dalam perjalanan.
- Bawa balik hadiah kepada ahli keluarga dan jiran tetangga.
1 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Sunnah Rasulullah SAW Dalam Bermusafir "
selalu bertawakal kepada Allah.