Penyakit Was-Was



Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.

Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.

Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).


2 Orang Memberi Komen Untuk Tajuk "Penyakit Was-Was"

was was dari syaitan. amalkan zikir 2 qul. (al falaq dan annass)

baca ratib haddad pun boleh

 
Copyright © 2014 Arkib Dakwah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info